
Okayy, 18/05/2011 punya ceritaaa. Aku menghabiskan 8 jam berada disekolah seharian dengan menjawab soalan peperiksaan Perdagangan kertas 2 & English paper 1. I t went fineeee i gesss walaupunn aku dah blank time jawab perdagangan apa jenis cabang pengeluarannn, apa perbezaan perdagangan dengan perniagaan semuaaaaaa.. haihh~ stop cerita! skang bukak cerita tentang setelahnya aku pulang dari sekolah hahahahaha.
Jam di tangan berdetik dan menunjukkan jarum pendek di nombor 1 manakala jarum panjang berada di nombor 2. haaaa 1.10p.m la tuuu. Waktu balik sekolahhh! hahaha. Bunyi loceng kian meledak menunjukkan tamatnya sesi persekolahan pada tarikh berkenaan. Aku berjalan beriringan dengan Fify menuju ke tempat parking motor. Beg galas ku diletakkan di dalam bakul dihadapan, dan disambil itu tanganku mula mengorek isi perut kocekku untuk mengambil segugus kunci motor yang tergantung 'roadtax' dan beberapa anak kunci. Aku menghidupkan enjin motorr dan dengan perlahan aku menaiki motor untuk pulang ke rumah. Dengan keadaan 'seat' motor yang panas itu, aku terpaksa duduk dengan sebelah punggung hahahahhaa, *rasa dia macam kena panggang. boleh melecurrr bhai -,- wkaka
Setelah beberapa minit motorku meluncur laju bersama murni yang sedang membonceng dibelakang, kami pun tiba dirumahh. Aku turun dan sebelum mematikan enjin motor, tongkat 'double stand' digunakan kerana 'single stand' dah patahhh akibat daripada beruk2 yang batak tak pernah bawak motor kottt menggunakannya semasa ketiadaanku selama beberapa hari dirumah..
Semasa aku berjalan memasuki rumah dan ingin terus naik ketingkat atas, langkahku terhenti setelah terdengar suara yang memanggil 'Angah!'. Aku berpaling dan berkata 'mendaaaa?' ayong pun bersuara lagi, 'kau ada duit?' aku menjawab 'pahal?' laju dia bersuara lagi 'jom tengok wayanggg'. Aku dengan cara yang bersahaja berkata lagi 'duit tak banyak, kalau tak cukup nanti kau payung' dia sekadarr diam dan dalam hatiku berkata 'boleh la tu,kalau dah diamm je hahhahhha'. Dalam jam 3.30pm kami pun bersiap dan tanpa berkata apa2, Murni mem'volunteer'kan diri untuk mengeride motorrr. Aku dengan senang hatiii duduk dibelakangg hihihiih, seronokk kerana dia mengerti yang aku MALAS GILA nak bawak motor time panas2 cmtuu.. :B Kami berhenti didepan '7-Eleven' untuk parking motor disana kerana masing2 tidak mempunyai keberanian untuk mengeride motor ke Jusco Cheras Selatan diatas faktor2 kalau terserempak dengan roadblockkk MASAKKKKK! dah la takda lesennn ahhahaha. heeeee :b
Tepat jam 3.45 kami menaiki bas. Bas rapid sekarang dah majuu. Kalau takde kad Bit! Bit! Rabbit! tu taklehh naikk. Banyak ko punye bit bit! -____-' tapi keadaan semasa itu masih dibwah suhu tidak mengapa kerana keadaan ekonomi Ayong yang tidak berapa nak surut membantu aku untuk membeli kad Arnab tuuu. Cantik2~ hhahhaha. Setelah kami pun sampai ke destinasi iaitu Jusco Cheras Selatan, aku berjalan dihadapan dan ingin laju terus sampai di hadapan pawagam. Aku memilih untuk menaiki lif berbanding menaiki eskelator kerana mahu cepat, tetapi Murni yang berada dibelakang berkata 'Bodoh punye gemok naik lif,nak jalan pun pemalas.' Aku dengan bersahaja tanpa menghiraukan apa yang dikatanya memandangnya dan membidas 'Gi mampos la ko' *hee, maaf2 bahasa adq bradiq kami mmg kasar :B
Sesampainya kami dihadapan pawagam, aku yang kerap kali berada dihadapand yang diikuti oleh Ayong,Murni dan Apis terus berjalan memasuki lorong pembelian tiket wayang dikaunter . Aku berhenti dikaunter 3 dan seorang wanita sedang menjaganya. Dia dengan bernada lembut menjemput 'Hi selamat datang, nak tengok cerita apa?' 'Fast 5 ada?' 'ada' 'pukul berapa?' '4.30pm' 'oh boleh la, nak 4 seat'. Aku terus berjalan meninggalkan ayong dikaunter kerana aku malas nak jawab kalau2 dia tanya 'semuanya 18 tahun keatas ke?' hahahahaha memang tak aku nak jawab, sebelum ditanya baik aku blahhh xD.
Setelah jam menunjukkan pukul 4.30p.m. dan lampu no bilik 1 yang akan kami masuki sudah menyalaa. Ayong laju ke kaunter pembelian makanan. Dia membeli popcorn 2,air coke 4 dan keropok 'twisties' serta 'hmmm tah tak ingat' -,- . Hampir 2 jam setengah jugak la kami berada didalam panggung menonton cerita itu. Komen yang aku boleh beri ialah 'FAST 5 GEMPAK GILAAAAA BRAHHHHHH!!!' hihihih 10 bintang! ********** :P Bagi sesiapa yang belum tengok tu, sila2 la membawa diri menyinggah di mana2 panggung yeee haha Salammm habiss ceritaaa. letih menaip~
P/S : Stand the fuck up on my way! *Luke Hobbs a.k.a dwayne johnson
&&
I love them in their characters

Gal Gadot(Gisele Harabo) & Sung kang (Han Lue)
No comments:
Post a Comment