Sejak cuti ni aku rasa macam hilang semuanya, family ada tapi kadang2 menyakitkan hati. Dalam gurauan mereka menghina. bagus la macam tu.. aku tersenyum tapi dalam hati tiada siapa yang tahu, hanya aku yang tahu permainan yang berlaku dalam hati.. Nak mengadu tetapi aku niatku seringkali terbantut kerana tidak mahu dianggap menagih simpati. Sejak beberapa bulan yang lalu, pelbagai kejadian yang tak dijangka terjadi, ada yang berubah, ada yang tertangkap, ada yang pergi, ada yang marah, ada yang dipukul. Warga dewasa yang dipanggil 'Ayah' dan 'Emak' mula menjalankan peranan mereka dengan lebih ketat. Tiada lagi istilah 'lepak malam' tiada lagi 'keluar KL' dan tiada lagi aktiviti dahulu yang sering dijadikan rutin harian.
Didalam kekusutan fikiran yang datang tanpa segan dengan masalah ekonomi keluarga yang jatuh, menunggu kelahiran seorang lagi umat kurniaan-Nya, masalah pembayaran yang tergendala dan sebagainya.. Aku akur dengan ujian-Nya. Sesungguhnya aku percaya,dia tidak akan kenakan ujian diluar kemampuan umat-Nya melainkan azab yang dikehendaki-Nya.

P/s :Nyatanya dalam hidup ini keseimbangan adalah hal mutlak.
Jika hari – hari dilalui penuh kesenangan, nyatanya esok hari akan datang kesusahan.
Jika masa muda banyak bersuka ria, nyatanya masa tua banyak berduka cita.
Jika hari – hari dilalui penuh kesenangan, nyatanya esok hari akan datang kesusahan.
Jika masa muda banyak bersuka ria, nyatanya masa tua banyak berduka cita.
No comments:
Post a Comment